Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

Ramadan= Niat+Puasa+Terawih+Buka+Sahur

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah,hari ini masih mampu untuk menunaikan kewajipan berpuasa.Ramadan yang dinanti semakin mengorak laju ke hadapan.Ya Allah,terasa begitu pantas masa yang Engkau berikan kepada kami menikmati bulan yang penuh berkat nie.


Ye,bermula dengan berniat kita haruslah sentiasa berpegang teguh semuanya kerana Allah s.w.t agar puasa yang kita jalani tidaklah sia-sia maka harungilah kita puasa yang kadang2 penuh dengan cabaran dan halangan dek sogokkan nafsu.Teguh iman kuatkan jiwa dengan pengisian rohani dengan ilmu2 yang berguna..berzikir,membaca al-Quran..insyaallah,Ramadhan kali ini penuh bermakna..


Berbuka,biar sederhana namun berkat itu lebih penting drpd segalanya.Perjuangan akhirnya dpt diharungi dengan penuh kesabaran.Ganjarannya,menikmati hidangan berbuka dlm keadaan yang selesa dan kelazatan makanan dan minuman.Sungguh bertuah kita di bumi Malaysia ini.



Bersyukur diberikan kudrat dan kecergasan menjalani ibadah puasa disiang harinya dan mengerjakan solat terawih di malamnya...Amin,syukur...Terasa jiwa begitu tenang dan aman,hilang segala resah,letih dan kekusutan di jiwa.Ya.menghadap Allah Yang Satu,memohon,bersujud agar diterima segala ibadah dan diampunkan segala dosa.


Mata kadang2 terpejam kadang2 segar bugar disapa dingin pagi hari.Bangun utk bersahur agar dapat dijadikan pelapik perut dikala puasa disiang hari.Oh,begitu indah rutin di bulan Ramadan ini.Rugilah sesiapa yang mensia2 kan kelebihan bulan yng penuh barakah ini.


Marhaban ya Ramadan,Kehadiranmu amatku nanti.....

Friday, May 17, 2013

Jumaat: Begitu Mendamaikan

Assalamualaikum w.b.t

Entah mengapa Jumaat pada hari ini terasa begitu menenangkan serta mendamaikan jiwa Cik Fifa.Cik Fifa begitu tenang.Bangun awal untuk menunaikan solat Subuh pada yang sebelum ini Cik Fifa kadang2 terskip dengan sengaja dek kemalasan yang terlampau disebabkan kepenatan bekerja disiang hari.
Entah mengapa malam sebelumnya Cik Fifa terdetik hati mengapa aku jadi begini sedangkan dahulu aku mampu melawan apa sahaja kejahatan yang melintas dihati.Cik Fifa termenung memikirkan adakah Cik Fifa semakin leka dan lalai mengejar segala keindahan didunia ini yang hakikatnya Cik Fifa sendiri tahu ianya hanyalah pinjaman. Sibuk apakah Cik Fifa sehingga terlupa untuk menunaikan janji sebagai seorang hamba kepada Maha Pencipta.Cik Fifa mulai sedar,ya Cik Fifa memang makin terlupa,makin jauh berada disisi Sang Pencipta Yang Agung.Ya.Allah,adakah aku makin jauh daripada menerima hidayah daripada-Mu.
Ketika memikirkan itu Cik Fifa menjadi semakin takut.Takut dengan perubahan yang terjadi kepada diri Cik Fifa.Mungkin Allah s.w.t itu masih sayang kepada Cik Fifa.Terpanggil untuk mendengar usrah bersama-sama kedua-dua ibubapa Cik Fifa.Sedikit sebanyak membuat Cik Fifa terfikir betapa ceteknya iman yang ada dalam diri Cik Fifa sehingga begitu mudah menyerah kalah pada nafsu keduniaan.
Benar,mulai semalam Cik Fifa bertekad ingin menjadi diri seperti sebelum ini,sentiasa menadah tangan mensyukuri nikmatnya dan sentiasa berdoa memohon petunjuknya.Apalah sangat kesibukkan kerja yang dikejarkan sehingga hilang tanggungjawab menjadi hamba yang benar2 bersyukur.
Ya,Jumaat ini adalah Jumaat yang begitu mendamaikan kerana Cik Fifa masih lagi diberi peluang untuk menyedari akan kesilapan yang tak pernah terlintas dalam fikiran untuk Cik Fifa lakukan.Subhanaallah,ternyata Allah s.w.t itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyanyang.
Terima kasih kepada insan-insan yang memberi inspirasi untuk Cik Fifa berhenti berfikir sejenak untuk memuhasabahkan diri ini.Terima kasih buat kedua ibu bapa Cik Fifa yang sentiasa pada malamnya membuka  rancangan2 ilmiah buat tatapan anak-anaknya agar tidak leka mengejar dunia semata2.Terima kasih kepada blog KakikuSukaBerjalan banyak ilmu yang Cik Fifa dapat melalui perjalanan setiap insan melalui blog ini.Terima kasih buat Kak Amnah yang sentiasa meminjamkan buku2 ilmiah buat tatapan rohani Cik Fifa.Oh,Cik Fifa sangat bersyukur dengan kurniaan ini.


Pagi yang begitu sempurna ini Cik Fifa teruskan dengan mendengar zikir terapi diri daripada Hafiz Hamidun.Ya,ia benar-benar menjadi terapi minda dan jiwa Cik Fifa.Alhamdullillah






Monday, February 25, 2013

Kita Juga Hebat

Assalamualaikum w.b.t


Semalam selepas pulang dari kerja tiba tiba adik aku sebut pasal pizza.Emm,memang dah lama rasa nak makan tapi tak pernah kesampaian.



So,semalam walaupun penat still bertekad nak juga pergi beli pizza apatah lagi tetiba je nampak flyers pizza hut(saja la tu nak suruh aku pergi beli juga tu)hehehe.



Bila dah naik kereta nak menuju ke destinasi melapangkan perut aku tu,my sister kata..."why not kita try pizza Malaysia",emmmmm....so,kita orang pun abaikanlah pizza daripada hut tu untuk menuju ke Pizza Malaysia..



"Kak pizza hawaiian 1,family set punya",sambil dok tengok abang tu membuat pizza yang aku order..sempat gak la belek belek apa jenis pizza yang ada dekat kedai dia tu...emm,boleh tahan juga bisnes kakak and abang tu...masa aku tengah menunggu pesanan aku siap ada customer lain yang datang nak order pizza kat situ juga...huhuhu,nampaknya pizza Malaysia pun mendapat sambutan yang amat mengalakkan.



Balik umah aku pun apa lagi buka kotak,jenguk muka aku..perghhh,baunya syok sekali.aroma mengancam.Pastu bismillah la.



End conclusion nya,pizza yang aku makan tu pun memang mengenyangkan seperti mana jenama terkenal yang lain tu juga.Pastu taste dia pun lebih kurang sama gak.Pasti aku akan makan pizza abang n kakak tu tanpa prejudis kerana product kita pun hebat APA!!!hehehe



So,aku snap sikit pic Pizza Malaysia yang aku try tu..arghh,tengok:


buatan tempatan

terbaik-Pizza Hawaiian with chicken

hebat auranya







Friday, February 22, 2013

Kakiku Melangkah Mata Berwindow Shopping

Assalamualaikum w.b.t

Semalam adalah kali pertama didalam hidup aku apabila mula belajar untuk ber-window shopping seorang diri.Ialah selalu ada juga teman tapi kali aku terpaksa berjalan,bergerak dan melihat seorang diri..(macam poyo je kan,huuuuhu)

Dan aku rasa aku berjaya menepis dan menghapuskan semua elemen elemen yang negatif dalam diri aku nie...contoh seperti :

Pertama: "apa hal semua orang nie,asyik dok tengok tengok aku,susah la nak jalan macam nie"(padahal orang langsung pun tak tengok kau,cik fifa oiii)

Kedua: "nak masuk kedai tu tapi macam tak de orang pun..ish,segan la"(sebenarnya kedai tu memang open dan nak suruh orang masuk)

Bila dah gerak sorang sorang nie nak tak nak kena la juga berdikari.And sempat juga la aku snap 1,2 gambar tempat aku pergi...hehehhe

cantik cantik juga harga pun not bad la

penat berjalan singgah sebenar fresh kan diri
 So,1 hari tu aku dah habiskan masa dengan berjalan seorang diri...woww!!!


Wednesday, January 04, 2012

Kenapa Masa Cepat Sangat Berlalu

Assalamualaikum w.b.t 
moga2 2012 akan seharum kumtuman roses
Apa khabar semua..wah!!!! dh 5 hari kita melangkah memasuki tahun 2012 kan????terasa mcm semalam je aku dengar bunyi percikan bunga2 api ke udara,tup...tup ari nie dh hari Khamis 5 Januari 2012 bersamaan 11 Safar 1433H....Kenapa?????masa cepat sangat berlalu,makin laju aku berjalan makin laju dier kejar...bila aku dh mula berlari makin laju plk dier memecut...umur plk plk makin ari makin meningkat...agak2 la mcm ne kita nak maintainkan pretasi kita+umur yg makin2 menambah angkanya nie...Hummmm[alamak,aku dh mula mengeluh,berfikir sejenak]........

Ntah la sejak 2 menjak nie,aku asyik terfikir je..apa benda yg aku dh capai sepanjang 24thn aku hidup di dunia nie...mmg la klau nk kaji semula dari aku umur 7thn-24thn nie banyak benda gak yg aku dh lalui and aku tempuhi...

1.Masuk sekolah rendah[belajar dari darjah 1-6]semua aku dh wat,pernah naik pentas anugerah cemerlang,pernah join pertandingan2 dkt sekolah sampai wakil negeri...aku dh wat dh tu...
2.Masuk sekolah menengah[belajar dari form 1-5]aku dh lalui gak,mcm biasa pentas anugerah tu mmg mkann aku,join pertandingan2 dkt sekolah mmg aku xterlepas,pegang jawatan di sekolah pun aku dh pernah..ish2,xbersyukur ke aku nie...bila dok fikir perkara2 mcm nie...
3.Masuk universiti[belajar smpai grad]aku dh capai dh.alhamdullillah...syukur,apa yg aku hajat aku dh capai..
4.Mula nak handle bisnes sendiri...semua cabaran akan aku tempuhi...
Sekarang 2012,apakah azam anda pada tahun ini??????????soalan yg betul2 mencabar jiwa aku utk menjwabnya.....ish2,bagi aku sangat susah...

Last2,sekali aku punya azam ialah melangsaikan ap yg tertangguh pada 2011 yg lalu...Hopefully,2012 dpt membawa sinar dan cahaya yg terang wat aku sekeluarga...AMIN...

Bye...jumpa anda di puncak kejayaan!!!!

Thursday, October 13, 2011

Budi bahasa Budaya kita

Asslamualaikum w.b.t.............


Hari nie aku nak focus to d point pasal entry aku dkt atas.Last day,aku nak my family g la dkt 1 shopping mall nie....ala ingat nak shopping skit2 la....xpela,nak d jadi kan citenya,abah aku nie ad la ternampak 1 seluar and terberkenan...so lepas dh belek2 nie,my abah pun terus la nak tanya size dier dkt 1 of the promoter yg ad dkt area2 tu....lebih kurang mcm nie la:

Abah: Adik,seluar nie size 33 ad x?(sambil menunjukkan seluar)
D girl: Apa?????tak tau,tak tau.....i tak tau (dgn sombongnya)
Abah: What?
D girl: i kata tak tau....tak tau la,dier punya promoter tak datang kerja ari nie....(dgn nada yg kurang ajarnya)

So,my abah pun terus dtg dkt aku and my mom dgn rasa yg mmg bengang tersangat2..and aku pun dh mcm nak naik angin coz kebiadapannya tu...and u all know what,that girl blh selamba badak buat muka xbersalah dier...kurang ajar btul....mmg ktorg xpuas ati dgn minah tu..xde adab

After that,ktorg g la dkt area yg bersebelahan dgn tmpat rude girl tu brada,then,my abah pun tnya la dkt promoter yg len plak samada dier yg jaga area tu...so she say YES!!!!,wah tadi rude girl tu kata brand tu punya promoter x dtg keje...pastu my abah pun tanya la yg real girl tu,yg rude girl tu mmg kurang ajar mcm tu ke????and the answer is "ya,dier mmg mcm tu...dgn semua costumer",what??????mcmne tu...

last sekali,my abah pun dpt la seluar yg dier ske tu and that rude girl tu akhirnya terlepas....mcm tu je..
geram btul.So,ap yg aku nak kata,whatever it is,bila u dh keje dkt shopping mall tu dah mnjadi tanggungjawab u bila costumer tanya...so jawab la dgn bersopan santun...mne la org nak tau awak jaga bahagian mne...budi bahasa tu kan budaya kita...

okla..for hari nie,bye








Sunday, August 07, 2011

Ramadhan Itu Indah



"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna Agar dapat ku lalui dengan sempurna"
Assalamualaikum w.b.t
 
Alhamdulillah,ari nie genap seminggu sudah kita berpuasa.Bila time bulan2 puasa nie teringat pula waktu zaman kanak2 dulu.Pada masa tu,semua saya rasa macam best sangat nak sangat cepat2 habis bulan puasa coz dah x sabar nak raya.Tapi bila dah besar2 nie dh boleh fikir betapa cepat masa berlalu and usia pun dah makin tua..Dan Ramadhan pasti akan muncul.

Argh...tiba2 je teringat 1 lagu [ yg lirik kat atas tu ] rasa mcm syadu sangat.Bagi saya bulan puasa kali nie byk memberi saya 1 rahmat utk berfikir disamping menghayati erti sebenar Ramadhan. Bila pergi dkt bazar Ramadhan,selalu perhatikan org ramai [ xde maksud yg serong ]hehhe,yg sibuk membeli juadah utk berbuka.Ad yg sampai x cukup tangan,ad juga yg sekadar bersederhana je....yelah bersederhana tu patut di amalkan utk elakkan pembaziran.

Tapi ad 1 masalah,mata dan hati selalu berpakat....bila smpai je dkt bazar tu...WAAAHHHHHHH!!!!mcm org puasa 10 tahun,punya la nafsu tu...semua nampak sedap je.Last2 beli,pastu bila berbuka sampai x larat nak telan semua benda yg dibeli...ish2,tarik nafas panjang2...lain kali jangan wat lg...FAHAM!!

Okla....cukup dlu entry wat pagi nie...jap lg dah nak bangun utk sahur pula...so,byeeeee:)

Saturday, June 25, 2011

Mimpi Itu Datang Buat Aku Kerja Kuat

Assalamualaikum.....
Ari tu saya ad mimpi pergi cakehouse kan?siap bungkus lg semua kek2 yg comel2 tu,tapi aleh2 semuanye dusta...huhuhuuhu[paling teruk semua hajat x kesampaian.Nak di jadikan entry kali nie,mimpi ku itu menjengah kembali dlm ingatan dan sanubari dan paling best ia nye realiti bukan lg fantasi kata kan..!!!
So,disebabkan itu juga lah,saya dgn tahap keyakinan yg rajin dan meninggi dlm diri bercampur pulak dgn keazaman mula lah membuat analisis tentang kek2 kesukaan masyarakat umum nya yg berada di samping diri saya nie.Nah nie dier senarai 10 kek yg menjadi feberet dorg semua tu [abis semua aku himpunkan siap ad meeting utk tentukan kek mne paling "mesti mau",hehhehehee...Jom tengok2
1.Chocolate Moist Cake
2.Cheese Cake
3.Black Forest Cake
4.Tiramisu
5.Ice Cream Cake
6.Mocha Cake
7.Vanilla Cake
8.Chocolate Cake With Vanilla Frosting
9.Cocktail Cake
10.Carrot Cake
Taraaaaaaa...tula dier 10 cakes yg suka orang minta.Apa mcm ad yg terliur x,tgk kek2 di atas [mmg sedap,nyum!nyum!]Lepas nie g kuar cari cakehouse yg berdekatan dgn korg...hehehehe @ g je tempah dkt blog sape2 yg wat bisnes kek2 nie...contohnye dkt adundanhias,ari tu saya dah try cupcakes yg akak nie wat...mmg best.Terbaeeeeeeeeeek!!! ok,dulu sampai petang nie..... Babai.....:)

Monday, June 20, 2011

Cerita Sudah Masuk

Assalamualaikum......
Ari nie nak kongsi info sikit about drama korea "LIE TO ME".Last week,saya and my family dh mula menyebakkan diri utk menonton citer nie.Opening citer nie pun dh start dgn lawak2 bodoh yg dpt mencuri ati saya.I like this drama because Yoon Eun Hye [tu 1 sebabnye la],yg ke-2 coz citer nye...hahahaha.So,drama nie ad 16 episod semuanye.Klau dkt astro one HD-SBS,ditayangkan pada setiap hari Rabu & Khamis.Nie skit info tentang para pelakonnye.
Citer nie dorg kat bawah nie yg bertanggungjawab...hehehe

Monday, June 13, 2011

Nak Makan Kek!!!

Assalamualaikum!!
Sedaaap Nye!!!
Ari nie tetiba aku ad mood nk post entry dkt blog nie..Semalam aku ad g 1 cakehouse nie..Pergghhh,mmg sweet abis,decoration dier smpai aku dh xkelip2.Pastu aku tgk kek2 yg ad dkt situ...mmg wat aku jdi mcm kebulur sgt nak telan kek2 tu [mesti klau kek2 tu leh ckp,dorg dh ckp nie manusia ke gorila nie,huhuhu]mesti teruk giler muka aku waktu tu...hehehhe
Apa lg..ad aku kesah???asalkan aku blh mkn kek ckup..so dgn mengendahkan masa lg..aku teruskan la usaha aku utk mengchoose kek2 yg aku jdi kan feberate aku...jeng2!! sudah masuk kotak kau wahai kek2 yg enak...hahhahahaha,aku dgn senang ati nak bwa blik umah la...tiba2 [wat adegan suspen skit] mane dtg lak lagu SHOCK-BEAST nie????makin lama makin kuat aku dgr...so dgn malasnye aku pun memusingkan la bdan aku nie...sekali aku sedar yg aku ad atas katil bilik aku...bukan dkt cakehouse...cehh,rupanye2 aku mimpi!!!Adoisss,abis harapan aku nk menelan kek2 tu..Yg lagu Beast tu lak,bunyi alarm jam aku...huhuuu.
So,bila ari nie aku bangun tido..aku asyik dok terbayang wajah kek2 tu....huuhuhuu,adoisss..lapar2:)

Monday, May 30, 2011

Tubuh Letih,Kpe?

Assalamualaikum w.b.t
Kpe tubuh kite kerap rse mcm xbermaya and selalu letih sampai kdg2 blh menjejaskan keje2 harian kite.So,xkan nak biarkan tanpa kite ketahui sebab musababnye kan?Okey,antara punca2 badan jadi letih....
.
1.Kurang Tido...
Selalu nye alasan bekerja/belajar nie paling popular utk mengabaikan masa utk kite tido.Yela,byk keje yg harus d settle kan bermula dri umah,pejabat atau tempat kite belajar and semuanye memerlukan masa yg panjang utk dilaksanakan smpai ia akan memudaratkn masa utk kite melelapkan mata.Apabila dh jadi 1 rutin harian maka effect nye mungkin menyebabkan tubuh badan kite x mndapat oksigen yg ckup.Oksigen yg kurang mungkin akibat daripda kurang tido akan mengganggu tumpuan dan akan wat tubuh badan kite rse letih.
Baby nie gak x terganggu tido nye....:)
2.Pemakanan Yg Salah....
Kdg2,walaupun kite fikir kite perlu mengambil jumlah makanan yg agak byk utk menambah tenaga tp sebenarnye klau kite tersalah pilih makanan pun ia mungkin akan menyebabkan kecergasan badan menurun.So,hati2 la klau nk pilih menu.Caranye,biasakan dri utk membahagikan waktu mkn pada 5 waktu.Sebabnya 3 jam setelah makan,gula dlm darah akn mula turun.Apa yg pasti klau kite xmngambil makanan ia akn terus menurun and akibatnye kepala akn rse pening,leher akn tegang and perut akn kembung.

Sedapnyeeeee....!!!

3.Sering Tertekan...
Jika kite gembira and bahagia dgn kehidupan kite maka tenaga atau aura positif akn mengalir ke dlm tubuh badan sampai ia dpt membuatkan kite rse lebih cergas dan ceria.Tp sebaliknya,klau kite rse mcm tertekan,selalu cemas and x gembira semuanye akn jadi penghalang utk tenaga positif.Keadaan nie akn menyebabkian kite sukar utk tido and apabila kite bangun pada keesokkan ari dgn keadaan yg lesu.So,kite kena la make sure yg diri kite utk tenang and bahagia.Byk aktiviti2 yg blh kite cuba kan???
Hapuskan stress..yeahhhhhhhh!!!
4.Kurang Bersenam
Hhahaha...ckp je pasal bersenam,mesti ramai yg bgi alasan padahal hakikatnye bersenam baik utk kesihatan kite.Sebenarnye,waktu kite bersenam terutama senaman kardio,otak akn meghasilkan hormon endorphin.Hormon ini la yg mengalirkan rse tenang walaupun kite di dlm keletihan selain tu ia jgk dpt mengatasi stress and blh wat tido kite lbh bagus.ahaks

Kpe2...???malas bersenam nie...

5.Kurang Vitamin Tambahan
Kdg2 ap yg kite mkn xckup utk memenuhi keperluan vitamin and mineral utk tubuh badan kite.So,kite perlu mengambil vitamin and mineral tambahan.Dgn bebanan keje yg byk and pengurusan masa yg terhad jdi kite perlukan makanan tambahan.Petanda tubuh memerlukan tambahan vitamin dan mineral apabila wajah nmpak pucat,badan rse lesu and kepala selalu pening.

Untuk aku ke nie???huhuhu

Okey maka nye mungkin perkara2 d atas adalah salah 1 punca kpe kite rse selalu letih.So,we have to try utk ubah cara rutin harian kite utk jdi lebih bertenaga...:)
Sumber khas: mingguan harian

Saturday, May 21, 2011

Aku Nak Pekak Kan Telinga

Assalamualaikum....
Hari nie 21/5/2011,ckup2 menguji kesabaran aku..coz tu la aku tulis lg entry ke-2 utk ari nie.Waaaaaaaah,aku dh naik benci dh dgn org2 yg suka mmandang rendah and memperlekehkan org len nie....emm,En.settle yg aku dok cari x tiba,last2 En.geram jgk yg muncul.Mmg2,aku tersgt geram...ap hak dorg?????sape yg bgi dorg hak tu???smpai ske ati mengutuk and mengata org len.

Eh,kamu2...jgn gaduh tau!!

Dlm jiwa insan bernama 'Afifah Hasbullah nie,aku x pernah sekali pun nk memperlekehkan org smpai org tu rse sgt2 down.Cukup la sekadar kite memperbetulkan and memberi nasihat di antara 1 sama len..Sebab ap?kite pun bukannya insan yg sempurna yg membolehkan kite menuding jari dan memperkotak-katikkan idup org len.

Apa dier En.Conan oiii???

Aku ckup kecewa and sakit ati bila ad spesis2 haiwan yg membutakan mata dan x membulatkan hati[layakkah mereka bergelar manusia???]aku pun x pasti...Ari tu aku pernah jgk tulis entry pasal org2 mcm2 nie...yelah,manusia nie sentiasa ske memberi and melihat manusia lain dlm kesusahan..lg susah lg bagus[jarang jumpa insan yg berhati mulia walaupun di kalangan sanak saudara sendiri]betul x?

Ayu ke namanye???

Bagi aku...xpela,idup nie mmg penuh dugaan..Klau xde cabaran,idup mcm x best plk kn..Kita lihat je,smpai bila manusia yg gemarkan hobi memperlekehkan org nie blh idup success mcm org len...[Hati jgn terlalu sedih,mata jgn la banjir]Aku harus kuat...ahaksss,kejayaan pasti milik hati yg bersih...

Terima kasih,Dr.Shukri Abdullah kerana hadir dlm kata2 motivasi yg ckup memberikan kekuatan kpd diri ini.bye...

Hhahaha...aku la Superman!!

Kedatangan Yg X Di Undang Langsung

Assalamualaikum....
Ari nie aku rse Cik pening dh muncul kembali..ergggggggghhh,kenapa????kenapa???aduisssssss,bila Cik pening dh muncul maka sahabat baik nye Cik tension pun dtg gak nk menyibukkan diri.Puas dh aku dok selidik pasal penyelamat aku,En.settle tu...tp apa kan daya dier xpernah2 muncul..[Adoisssss,lagi sekali]..Mne ko g nie En.settle oiii,kenapa xdtg2 jumpa sahabat ko nie...Dh hampir2 nazak nie!!!Hanya ko je penyelamat aku skg nie..Datang laaaaaaaaaa..

huhuhu...nak nangis !!

Apa yg aku harapkan skg nie,Cik tension xde niat nak api2 kan Cik pening tu[sebenarnya yg paling aku takut,Cik pening nie mudah lembut hati]Tolong la Cik tension pergi...jangan kembali lagi,aku nie selaku peng-jasad yg mewujudkan ko dh xsanggup lg nk tanggung penderitaan[oh,pedihnya hati ini]

Terhiris hati aku nie

En.settle hanya ko je yg aku harap2 kan.Tapi ko leh jawab(-_*)tungguuuuuuu.Ko,xtau ap tu ertinya kesabaran coz aku nie dh bertahun menjadi seorg penyabar yg sgt berdedikasi[penantian tu kan 1 penyeksaan,hhheeehe..ahaks]

Moga2 aku akan jumpa en.settle gak dlm masa yg terdekat nie.Korg semua doa2 kan la ye..Klau x,mesti aku akan berada didunia yg dh x berdunia lg,huhuhu....

Tp nasib baek la aku ad puan emak and en.abah yg selalu guna penyapu utk halau cik tension tu..so aku pun kembali mantain skit...hahhahaha

sapu semua sekali!!

okla,aku nak g hapuskan jejak cik tension yg dtg singgah tadi dkat kubu pertahanan otak genius aku nie..bye2

Sunday, May 15, 2011

THank You

Many...many thanks to youblogger-emoticon.blogspot.com

You brought real delight and helped make my day more happy and more bright.

You always do such thoughtful things that have your special touch.

It certainly was nice of you..Thanks very...very much Teachers..

sPECIAL TO ALL MY Teachers..:)

blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, April 15, 2011

Malu Bertanya Dia yG Rugi

Aku selalu berasa hairan dan bimbang

- mesti berubah-

“biar la nnti dorg wat la semua tu”

“xtau la,malas nk kacau nnti takut ganggu”

“takut la,nnti dorg xterima mcm ne?”

Mesti korg dok tertanye2,kpe entry kali nie aku mulakan dgn pembuka and penutup kata kn?pastu dialognye plk mcm org yg xmkn setahun kn??? Dh la mcm setengah abad dh aku x jenguk2 blog,alih2 jenguk entry mcm org xmkn ubat plk...hehhe

nie bukan ubat aku!!!

Ap yg aku nk share kat sni semuanye pasal sikap.Kpe plak tiba2 aku dok kisah pasal sikap nie…nk tukar profesion ke?nak jadi kaunselor ke minah nie?bukan….bukan..bukan,semua tu bukan.

Nie mengenai sikap segelintir masyarakat yang hidup dikeliling aku a.k.a aku pernah terjumpa[aku xpernah keliling dunia lg,uhuks]Ok2,korg fikir ye..bila kite nak kn something..xkisah la samada benda tu mahal ke murah ke or kecik tau besar msti la kite akan cuba utk dptkn nye kn2.

Tapi….ad jgk segelintir manusia yg mkn nasi jgk mcm aku nie blh terang-terang jawab “xtau,biar la..nnti dorg wat la semua tu..kite tggu shaja”,men lepas tgn je..sampai ap satu pun dier x ambik tau..

mari mkn nasi:)

ish2,aku confuse betul bila dok fikir keadaan org2 mcm nie.Mana leh men lepas tgn je,silap2 kena tipu x ke padan dek muka tu.. Pastu..bila kite hirer somebody utk arrange kn something utk kite..mesti sekurang-kurangnye kite tau nama,alamat,no.phone org tu kn..and of course kite kena la sntiasa alert dgn keadaan semasa..tp ad segelintir org nie,semua tu dier xtau..jgn kte nama…ap yg org tu wat dkt semua barang2 dier pun dier xtau.bila sruh tanye,dier leh jawab “malas nk gnggu,lg pun bil tpon mahal”ish2,aku mmg dh makin hairan nie[dok fikir gak tpon jenis ap yg org tu pakai]

Kite kena ingat la,bila kite hire dier utk wat keje kite..mean here kite leh tanye dier sedikit sebyk pasal urusn kite yg dier tlog uruskn tu..bukannye men tggu dn tggu je..kna ad inisitif la skit..pasal bil tpon tu…aku pun malas dh nk komen[masing2 leh fikir]

Yang terakhir,istilah takut…Bagi aku,ap yg perlu d takutkn klau kite berada d tempat and landasan yg betul kn..Yg aku xfhm nie,takut nk bertanye and reason dier sebab takut x diterima..Buka la minda n fikiran tu,kite x wat salah…so ap yg harus kite takut kn..sentiasa ingat bila kite malu bertanye,maka kite pasti sesat d jalan.[aku selalu sesat bila ke pantai timur,walaupun dh x malu bertanye,uhuks..aku terima je,hehheh]

So,dripada kesemua cerok yg aku dh kaji pasal segelintir manusia yg aku pernah trjumpa nie..dpt aku ambik kn pengajaran dan iktibar la..semua yg dihajati x kesampaian..akhirnye jdi milik org len.Itu baru org Kedah kte “nyanyi x berlagu”[aku xpernah cuba lg…ahha] Jadi,x payah la kite amalkn sikap yg mcm tu..sama2 kite berubah,jdi insan yg lebih cemerlang bila berfikir..[ad gaya jdi pakar motivasi lak…ahha]perasaan.

Ok la..sampai sni dlu utk kali nie…bye..bye

Opps!!Mutiara kata kali nie: Sentiasa merancang kehidupan kerana kehidupan yang bijak milik si perancang yang hebat.