Friday, May 17, 2013

Jumaat: Begitu Mendamaikan

Assalamualaikum w.b.t

Entah mengapa Jumaat pada hari ini terasa begitu menenangkan serta mendamaikan jiwa Cik Fifa.Cik Fifa begitu tenang.Bangun awal untuk menunaikan solat Subuh pada yang sebelum ini Cik Fifa kadang2 terskip dengan sengaja dek kemalasan yang terlampau disebabkan kepenatan bekerja disiang hari.
Entah mengapa malam sebelumnya Cik Fifa terdetik hati mengapa aku jadi begini sedangkan dahulu aku mampu melawan apa sahaja kejahatan yang melintas dihati.Cik Fifa termenung memikirkan adakah Cik Fifa semakin leka dan lalai mengejar segala keindahan didunia ini yang hakikatnya Cik Fifa sendiri tahu ianya hanyalah pinjaman. Sibuk apakah Cik Fifa sehingga terlupa untuk menunaikan janji sebagai seorang hamba kepada Maha Pencipta.Cik Fifa mulai sedar,ya Cik Fifa memang makin terlupa,makin jauh berada disisi Sang Pencipta Yang Agung.Ya.Allah,adakah aku makin jauh daripada menerima hidayah daripada-Mu.
Ketika memikirkan itu Cik Fifa menjadi semakin takut.Takut dengan perubahan yang terjadi kepada diri Cik Fifa.Mungkin Allah s.w.t itu masih sayang kepada Cik Fifa.Terpanggil untuk mendengar usrah bersama-sama kedua-dua ibubapa Cik Fifa.Sedikit sebanyak membuat Cik Fifa terfikir betapa ceteknya iman yang ada dalam diri Cik Fifa sehingga begitu mudah menyerah kalah pada nafsu keduniaan.
Benar,mulai semalam Cik Fifa bertekad ingin menjadi diri seperti sebelum ini,sentiasa menadah tangan mensyukuri nikmatnya dan sentiasa berdoa memohon petunjuknya.Apalah sangat kesibukkan kerja yang dikejarkan sehingga hilang tanggungjawab menjadi hamba yang benar2 bersyukur.
Ya,Jumaat ini adalah Jumaat yang begitu mendamaikan kerana Cik Fifa masih lagi diberi peluang untuk menyedari akan kesilapan yang tak pernah terlintas dalam fikiran untuk Cik Fifa lakukan.Subhanaallah,ternyata Allah s.w.t itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyanyang.
Terima kasih kepada insan-insan yang memberi inspirasi untuk Cik Fifa berhenti berfikir sejenak untuk memuhasabahkan diri ini.Terima kasih buat kedua ibu bapa Cik Fifa yang sentiasa pada malamnya membuka  rancangan2 ilmiah buat tatapan anak-anaknya agar tidak leka mengejar dunia semata2.Terima kasih kepada blog KakikuSukaBerjalan banyak ilmu yang Cik Fifa dapat melalui perjalanan setiap insan melalui blog ini.Terima kasih buat Kak Amnah yang sentiasa meminjamkan buku2 ilmiah buat tatapan rohani Cik Fifa.Oh,Cik Fifa sangat bersyukur dengan kurniaan ini.


Pagi yang begitu sempurna ini Cik Fifa teruskan dengan mendengar zikir terapi diri daripada Hafiz Hamidun.Ya,ia benar-benar menjadi terapi minda dan jiwa Cik Fifa.Alhamdullillah






No comments: