Thursday, July 11, 2013

Ramadan= Niat+Puasa+Terawih+Buka+Sahur

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah,hari ini masih mampu untuk menunaikan kewajipan berpuasa.Ramadan yang dinanti semakin mengorak laju ke hadapan.Ya Allah,terasa begitu pantas masa yang Engkau berikan kepada kami menikmati bulan yang penuh berkat nie.


Ye,bermula dengan berniat kita haruslah sentiasa berpegang teguh semuanya kerana Allah s.w.t agar puasa yang kita jalani tidaklah sia-sia maka harungilah kita puasa yang kadang2 penuh dengan cabaran dan halangan dek sogokkan nafsu.Teguh iman kuatkan jiwa dengan pengisian rohani dengan ilmu2 yang berguna..berzikir,membaca al-Quran..insyaallah,Ramadhan kali ini penuh bermakna..


Berbuka,biar sederhana namun berkat itu lebih penting drpd segalanya.Perjuangan akhirnya dpt diharungi dengan penuh kesabaran.Ganjarannya,menikmati hidangan berbuka dlm keadaan yang selesa dan kelazatan makanan dan minuman.Sungguh bertuah kita di bumi Malaysia ini.



Bersyukur diberikan kudrat dan kecergasan menjalani ibadah puasa disiang harinya dan mengerjakan solat terawih di malamnya...Amin,syukur...Terasa jiwa begitu tenang dan aman,hilang segala resah,letih dan kekusutan di jiwa.Ya.menghadap Allah Yang Satu,memohon,bersujud agar diterima segala ibadah dan diampunkan segala dosa.


Mata kadang2 terpejam kadang2 segar bugar disapa dingin pagi hari.Bangun utk bersahur agar dapat dijadikan pelapik perut dikala puasa disiang hari.Oh,begitu indah rutin di bulan Ramadan ini.Rugilah sesiapa yang mensia2 kan kelebihan bulan yng penuh barakah ini.


Marhaban ya Ramadan,Kehadiranmu amatku nanti.....

Friday, May 17, 2013

Jumaat: Begitu Mendamaikan

Assalamualaikum w.b.t

Entah mengapa Jumaat pada hari ini terasa begitu menenangkan serta mendamaikan jiwa Cik Fifa.Cik Fifa begitu tenang.Bangun awal untuk menunaikan solat Subuh pada yang sebelum ini Cik Fifa kadang2 terskip dengan sengaja dek kemalasan yang terlampau disebabkan kepenatan bekerja disiang hari.
Entah mengapa malam sebelumnya Cik Fifa terdetik hati mengapa aku jadi begini sedangkan dahulu aku mampu melawan apa sahaja kejahatan yang melintas dihati.Cik Fifa termenung memikirkan adakah Cik Fifa semakin leka dan lalai mengejar segala keindahan didunia ini yang hakikatnya Cik Fifa sendiri tahu ianya hanyalah pinjaman. Sibuk apakah Cik Fifa sehingga terlupa untuk menunaikan janji sebagai seorang hamba kepada Maha Pencipta.Cik Fifa mulai sedar,ya Cik Fifa memang makin terlupa,makin jauh berada disisi Sang Pencipta Yang Agung.Ya.Allah,adakah aku makin jauh daripada menerima hidayah daripada-Mu.
Ketika memikirkan itu Cik Fifa menjadi semakin takut.Takut dengan perubahan yang terjadi kepada diri Cik Fifa.Mungkin Allah s.w.t itu masih sayang kepada Cik Fifa.Terpanggil untuk mendengar usrah bersama-sama kedua-dua ibubapa Cik Fifa.Sedikit sebanyak membuat Cik Fifa terfikir betapa ceteknya iman yang ada dalam diri Cik Fifa sehingga begitu mudah menyerah kalah pada nafsu keduniaan.
Benar,mulai semalam Cik Fifa bertekad ingin menjadi diri seperti sebelum ini,sentiasa menadah tangan mensyukuri nikmatnya dan sentiasa berdoa memohon petunjuknya.Apalah sangat kesibukkan kerja yang dikejarkan sehingga hilang tanggungjawab menjadi hamba yang benar2 bersyukur.
Ya,Jumaat ini adalah Jumaat yang begitu mendamaikan kerana Cik Fifa masih lagi diberi peluang untuk menyedari akan kesilapan yang tak pernah terlintas dalam fikiran untuk Cik Fifa lakukan.Subhanaallah,ternyata Allah s.w.t itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyanyang.
Terima kasih kepada insan-insan yang memberi inspirasi untuk Cik Fifa berhenti berfikir sejenak untuk memuhasabahkan diri ini.Terima kasih buat kedua ibu bapa Cik Fifa yang sentiasa pada malamnya membuka  rancangan2 ilmiah buat tatapan anak-anaknya agar tidak leka mengejar dunia semata2.Terima kasih kepada blog KakikuSukaBerjalan banyak ilmu yang Cik Fifa dapat melalui perjalanan setiap insan melalui blog ini.Terima kasih buat Kak Amnah yang sentiasa meminjamkan buku2 ilmiah buat tatapan rohani Cik Fifa.Oh,Cik Fifa sangat bersyukur dengan kurniaan ini.


Pagi yang begitu sempurna ini Cik Fifa teruskan dengan mendengar zikir terapi diri daripada Hafiz Hamidun.Ya,ia benar-benar menjadi terapi minda dan jiwa Cik Fifa.Alhamdullillah






Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru: Jasamu Tetap Ku Kenang

Assalamualaikum w.b.t

Bila tiba sahaja tanggal 16 Mei mesti teringat semula zaman sekolah dulu.Pada ketika itu keadaan amat meriah sekali.Semua rakan-rakan berkumpul.Masing-masing dah buat preparation untuk majlis jamuan makan and meraikan guru-guru.Semuanya kenangan terindah,andai dapat diputarkan waktu.Zaman persekolahan yang pasti dipilih.
GURU TERBAIK-IBUKU
"SELAMAT HARI GURU"kepada semua para pendidik terutamanya guru-guruku dari mulanya Cik Fifa melangkah mengenal ABC sehingga Cik Fifa berada dikedudukkan hari ini.Segala jasa dan tunjuk ajar serta dorongan daripada kalian semua tak mampu Cik Fifa balas.Hanya seikhlas hati sentiasa mengenang jasa yang diberi. 
"TERIMA KASIH,CIKGU".

Monday, May 06, 2013

Benar..Saya Okey!!!

Assalamualaikum w.b.t
Entry hari ini penuh dengan kelembapan+kegelapan+kemalasan (wah,semuanya negative kan!!)hehehe,yela sepanjang hari bumi Kedah nie disirami oleh air hujan..and mood pun jadi semacam dua macam la..huhuhu
06.05.2013 sehari selepas pilihan raya.Cik Fifa still kena keje,still kena cari duit,still kena makan..hahaha,lawak ke apa nie kan????mestilah semua tu kena buat.Cik Fifa bersyukur kerana telah menjalankan kewajipan sebagai warganegara Malaysia.i LOVE MY MALAYSIA so much!!!!
Bab parti mana yang menang mahupun kalah..Cik Fifa dengan hati terbuka menerima sebab Cik Fifa yakin semuanya inginkan yang terbaik untuk MALAYSIA..Yang penting kita dapat hidup dalam suasana yang aman damai.Cik Fifa amat kagum sebenarnya...suasana election di Malaysia sangat meriah...and masing-masing bertungkus-lumus..mean,kita semua memang boleh bersatu...jiwa tiba2 rasa excited semacam+wah,bagaikan malam HARI RAYA..hehehhe,yela bagi pengundi yang pertama kali baru melayakkan diri nie ia adalah satu perkara yang amat menerujakan.... diberi hak untuk bersuara walaupun menang mahupun tak menang..ahahha tapi at least kita ada pendirian kan???kita memilih pada orang yang kita rasa patut dipilih..hahha (sebelum nie mengundi untuk campus election je!!)okey,finish bab election..
Malaysia Tanahair Tercinta
Cik Fifa ada 1 kes disini...Kalau ada orang yang bertanya Cik Fifa dengan senang hatinya menjawab..Yes,Saya memang Okey!!!jadi anda tidak perlulah untuk memberikan nasihat kepada Cik Fifa tentang apa yang Cik Fifa dah tahu...Cik Fifa  mesti pemarah orangnya kan????sebab tak boleh menerima nasihatkan,kan,kan???(ada ke itu yang si polan tu kata) 
Meh,Cik Fifa jawab soalan kamu tu dengan hati yang terbuka..Cik Fifa seorang pemarah???Mesti kamu tak betul2 mengenali siapa Cik Fifa sebenarnya...Cik Fifa nie lah manusia yang paling tak kisah didunia tapi kalau benda yang kamu berikan(yang kamu kata nasihat tu)langsung tak relevan+bodoh+memang orang dah tahu...siapa yang tak marah...kamu fikir la sendiri...UBAH LA,cara kamu berfikir tu kalau tak kamu tak kan sampai kemana...sendiri pun masih banyak yang kena belajar...renungkan...
So cukuplah entry untuk hari hujan...Cik Fifa bangga menjadi RAKYAT MALAYSIA!!!

Cik Fifa sentiasa berfikir positif

Monday, April 22, 2013

Mimpi Ngeri Bukan Mimpi

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama rasa macam nak post entry baru dekat blog nie tapi bila Cik Fifa start nak menaip mood tu tiba-tiba hilang.Habis lenyap semua apa nak cerita so tak tertunai la nak post entry.huhu (hati sayu)
Sumpah,sebenarnya hari nie pun mood xde la okey sangat tapi masih boleh menekan keyboard laptop kira okey la kan..huhuhu.Cik Fifa nie sedih sebenarnya dengan environment sekeliling Cik Fifa bernafas.Ingatkan semua tu Cik Fifa hadapi dalam mimpi waktu tidur.Namun bila Cik Fifa bangun pagi rupa-rupanya itu semua realiti.Hati nie macam dah xde mood nak senyum pun dok gagah je.Yelah,nak juga tambah pahalakan.hahahuhu

Uolls.Cik Fifa nie dari dulu since zaman universiti lagi asyik dok terserempak dengan mereka-mereka yang palsu je.Bila berhadapan dengan kita lembut kuku dari lidah tapi rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia (hah,ambik ko syaitan Cik Fifa sebut).
Yela,uolls..tak boleh ke kita duduk diam-diam tumpang seronok dengan kejayaan+rezeki+anugerah yang Allah s.w.t berikan kepada orang lain...tak terluak pun yang kita punya...tak boleh ke????nie tak,lagi tak gosip and tabur fitnah sampai bersepah-sepah hati mesti tak senang,kenapa????Entah la,Cik Fifa pun dah menyampah dengan makhluk-makhluk yang macam nie.Luaran tak kan ada orang yang percaya mereka-mereka nie ada hati yang macam tu...so sad


Cik Fifa sedih bila fikir mereka semuanya orang Islam..Sedangkan Islam tak pernah mengajar penganutnya menjadi begitu.Sedih memikirkan mimpi ngeri itu adalah realiti.Cik Fifa menaip berdasarkan pengalaman,kesian member Cik Fifa sorang nie dek gara-gara mereka yang begitu dia hilang punca pendapatan.Sekarang Cik Fifa nampak,Cik Fifa sedar,Cik Fifa percaya bagaimana fitnah itu mampu memusnahkan sesuatu agama,bangsa dan negara.Kata-katanya kecil namun ia mampu memusnahkan seluruh dunia.
Sebenarnya Cik Fifa takut sangat dengan mereka yang berhasad begini..Cik Fifa mohon sangat kalau ada kesempatan berubah la..selagi kita bernyawa pintu kemaafan dan taubat sentiasa terbuka..renungkanlah.

p/s: cik fifa kalau blh nak larikan diri dari dunia yang penuh dugaan nie tapi cik fifa sedar itu xmungkin terjadi selagi kita masih bernafas di bumi Allah s.w.t ini.:)



Monday, February 25, 2013

Kita Juga Hebat

Assalamualaikum w.b.t


Semalam selepas pulang dari kerja tiba tiba adik aku sebut pasal pizza.Emm,memang dah lama rasa nak makan tapi tak pernah kesampaian.



So,semalam walaupun penat still bertekad nak juga pergi beli pizza apatah lagi tetiba je nampak flyers pizza hut(saja la tu nak suruh aku pergi beli juga tu)hehehe.



Bila dah naik kereta nak menuju ke destinasi melapangkan perut aku tu,my sister kata..."why not kita try pizza Malaysia",emmmmm....so,kita orang pun abaikanlah pizza daripada hut tu untuk menuju ke Pizza Malaysia..



"Kak pizza hawaiian 1,family set punya",sambil dok tengok abang tu membuat pizza yang aku order..sempat gak la belek belek apa jenis pizza yang ada dekat kedai dia tu...emm,boleh tahan juga bisnes kakak and abang tu...masa aku tengah menunggu pesanan aku siap ada customer lain yang datang nak order pizza kat situ juga...huhuhu,nampaknya pizza Malaysia pun mendapat sambutan yang amat mengalakkan.



Balik umah aku pun apa lagi buka kotak,jenguk muka aku..perghhh,baunya syok sekali.aroma mengancam.Pastu bismillah la.



End conclusion nya,pizza yang aku makan tu pun memang mengenyangkan seperti mana jenama terkenal yang lain tu juga.Pastu taste dia pun lebih kurang sama gak.Pasti aku akan makan pizza abang n kakak tu tanpa prejudis kerana product kita pun hebat APA!!!hehehe



So,aku snap sikit pic Pizza Malaysia yang aku try tu..arghh,tengok:


buatan tempatan

terbaik-Pizza Hawaiian with chicken

hebat auranya







Friday, February 22, 2013

Kakiku Melangkah Mata Berwindow Shopping

Assalamualaikum w.b.t

Semalam adalah kali pertama didalam hidup aku apabila mula belajar untuk ber-window shopping seorang diri.Ialah selalu ada juga teman tapi kali aku terpaksa berjalan,bergerak dan melihat seorang diri..(macam poyo je kan,huuuuhu)

Dan aku rasa aku berjaya menepis dan menghapuskan semua elemen elemen yang negatif dalam diri aku nie...contoh seperti :

Pertama: "apa hal semua orang nie,asyik dok tengok tengok aku,susah la nak jalan macam nie"(padahal orang langsung pun tak tengok kau,cik fifa oiii)

Kedua: "nak masuk kedai tu tapi macam tak de orang pun..ish,segan la"(sebenarnya kedai tu memang open dan nak suruh orang masuk)

Bila dah gerak sorang sorang nie nak tak nak kena la juga berdikari.And sempat juga la aku snap 1,2 gambar tempat aku pergi...hehehhe

cantik cantik juga harga pun not bad la

penat berjalan singgah sebenar fresh kan diri
 So,1 hari tu aku dah habiskan masa dengan berjalan seorang diri...woww!!!


Thursday, February 21, 2013

Bila Si Kecil Irdina Mula Berkata-kata..


Assalamualaikum...w.b.t

Hari ini nak cerita tentang si kecil Irdina.Sekejap je masa berlalu,sekarang dah pun 1 tahun 2 bulan si kecil tu.Apa yang best dia dah pandai jalan.
Habis satu rumah dia keliling (dah macam ketua kampung pergi melawat kawasan pula aku tengok,hehehe)
Arghh..selain daripada pandai berjalan dia dah mula pandai menyebut pula..Setiap hari ada je ayat baru yang aku dengar.Bila dah pandai cakap sikit-sikit nie,abis semua benda dia pantang tengok especially makanan.
Nak jadi cerita my sister tengah makan muruku pastu nampak la dekat si kecil nie.Apa lagi daripada dok syok berjalan tu dia terus datang buat muka simpati nak muruku tu.Tiba-tiba "nyaaak,nyaak.."keluar dari mulut kecil comel dia tu...sambil mata dok renung renung muruku dekat tangan my sister..
Argh,bila dah dapat terus tak kata apa apa lagi..hehehe(moral of the first story,bila Irdina dh pandai sebut ayat "nak"walaupun dengan cara dia,korang (kaum kerabat aku) jaga jaga la coz semua korang makan dia pasti nak juga,huhu)


My youngest cousin-anak paksu-Cik Irdina Sofiya 


Si kecil nie pun dah pandai cakap words "buat apa",habis semua orang dia tanya buat apa..jenuh nak jawab sebab kita tak buat apa pun dia still tanya buat apa,koin,koin,koin...Satu hari tu,bila abang dia kena tegur dengan abah dia akibat terlampau nakal si kecil nie pun dok sibuk marah dekat abah dia,agaknya sebab sayang dekat abang dia and tak sanggup tengok abang menangis...
mula la sebut "mama,wuat pa"sambil tangan dok tunjuk tunjuk dekat Paksu aku tu...agaknya nak tanya mama dia kot kenapa abah dia marah(conclusion for 2nd story ialah bila si kecil dah pandai cakap dia mesti dah pandai nak tanya+guna intonasi suara bila dia tak puas hati,so jaga jaga pandai pandai la berlapik bila bersuara,huhuhu)
Last story pasal si kecil Irdina nie ialah dia pandai menganjuk apa saja yang abang dia buat and her favorite kartun Dora Explore.Bila si Dora tu nyanyi dia pun mula keluarkan suara comel serak serak basah dia tu..."beak..baek..baek.."ikut serta menyanyi tapi tu la ayat tu hanya dia sorang je yang faham.
Aku pun confuse,huhuhu ( apa yang aku tahu kanak kanak nie memang cepat belajar dengan cara melihat dan mendengar,oleh itu siapa siapa yang dah pun mempunyai anak + bakal menimbang cahaya mata tu segera kan lah ubah perangai kita yang tak berapa elok tu supaya si kecil kita semua tak terikut perkara perkara yang tak baik,insyaallah) 
So,sampai sini dulu entry kali nie..Insyaallah ada kesempatan aku story story lagi,bye..:)

Tuesday, February 12, 2013

MY BFF WEDDING



Assalamualaikum w.b.t

Entry kali nie after dah lama tak buka blog...hehehe

FEEL......very,

Excited sangat nak attend to my BFF wedding + my ex-roommate waktu di Uitm dulu…They getting to get married. Congratulations both of you and I wish a lot of happiness for your all berdua.

For Ana,I ingat lagi waktu kita zaman sekolah dulu..makan sama,minum sama even nak pergi toilet pun still nak sama-sama juga..hehehe.Pastu,bila dh abis SPM pun still nak together2 sampai la dh masuk U,masing-masing sibuk but one thing yang I tak boleh lupa u still be my bff and sampai sekarang I sangat appreciate our persahabatan and semoga  kekal till the ends of our life.I love u,girl…
                                                   congratulations my dear Ana...

Wednesday, October 10, 2012

Perlukah Kita Sombong???


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,hari ini peluang untuk kembali ke blog dh tercapai.Fuhh,berhabuk sungguh,sampai pedih mata2 nie..hehehee.Sibuk,tidak ada masa..ehmm,semua orang boleh cakap ayat tu kan..mane ade manusia didalam dunia nie yang cukup masa..hheehe,so itu lah alasan yang paling relevan yang i boleh kasi dkt semua orang..adoiis.
So,apa yang saya buat sekarang nie????tHANKS to Kak Amnah yang begitu sudi untuk ambil saya menjadi salah seorang staff dia and men-training aku supaya lebih berketrampilan untuk ke bidang kerjaya yang sememangnya mencabar tu.Thanks also to Kak Shida yang sudi beri tunjuk ajar dkt insan kerdil mcm saya nie.Wah,panjang lebarkan..hehheehe.
Okey lah,let's go to the point. About my entry,yes it's a Question Mark..Why,ia terjadi persoalannya kan????ehm,nak kongsi la 1 story nie... A nie seorang yang berpelajaran tinggi and of course sekarang nie dh menjawat jawatan yang hebat..Tapi ad one thing about si A nie yang tak boleh diterima la.Si A nie,sangat la sombong..One day tu,ada la seorang pak cik nie yang telah di hirer oleh si A nie untuk membersihkan halaman rumah dia.At the same time pakcik tu dtg ,si A is on the way nak keluar so terserempak la..tapi si A nie langsung tidak menoleh apatah lagi menegur dan senyum kepada pakcik tersebut..adakah itu perkara yang biasa atau blh dianggap SOMBONGNYEEEEEEEE????
Situasi 2,si A sedang berkumpul bersama sanak-saudaranya..tiba-tiba salah seorang ahli keluarga bertanya kepada saudara yang lain tentang pekerjaanya sekarang.Dengan tidak semenenya si A menyampuk lalu memperlekehkan sehingga mengeluarkan perkataan "pandai ke!!"so terasa la hati saudaranya itu kerana diperlekehkan kebolehannya.. ????
Si A,dengan sesungguh hatinya menyatakan dia benci dan tak ingin memandang wajah saudaranya yang pernah menegur akan sikapnya yang asyik ingin menang dan tidak boleh ditegur.Adakah si A dianggap okey atau kurang ajar and SOMBONGGGGGGGGGGG!!!
Si A,hanya ingin bertegur sapa dengan orang2 yang sama levelnya sahaja dan menganggap orang sederhana sebagai seorang yang tidak ada klass..SOMBONGGGG atau biasa la tu???
Pointnya disini,WHYYYY?????Kita harus bertidak seperti itu?sedangkan kita hanya insan biasa yang diberi sedikit kelebihan daripada ALLAH S.W.T dan sampai masanya DIA akan mengambil semula apa yang dipinjamkannya...Tidak blhkah kita berfikir,senyum itu sedekah,hormat itu budi dan jiwa kita.Apatah lagi kita sebagai seorang mukmin.Renungkanlah,diminta jauhkan daripada sifat yang sedemikian.

Okeylah,untuk entry kali ini.,bye

Monday, March 12, 2012

Assalamualaikum w.b.t

Wah,ari nie baru berkesempatan aku nk meng-update blog yg serba kekurangan ini berbanding blog2 yg len...hik2.Hari nie dh masuk ari ke-3 perniagaan restoran aku bermula...bisnes slow skit coz customer pun kebanyakan xtau lg akan kewujudan restoran nine.am nie..Jangan mudah berputus asa perjuangan haruslah diteruskan juga,betul x..ok la,doa2 lah akan kejayaan restoran aku nie..semoga berjaya,ckup lah utk sesi kali ini...bye

Wednesday, January 04, 2012

Kenapa Masa Cepat Sangat Berlalu

Assalamualaikum w.b.t 
moga2 2012 akan seharum kumtuman roses
Apa khabar semua..wah!!!! dh 5 hari kita melangkah memasuki tahun 2012 kan????terasa mcm semalam je aku dengar bunyi percikan bunga2 api ke udara,tup...tup ari nie dh hari Khamis 5 Januari 2012 bersamaan 11 Safar 1433H....Kenapa?????masa cepat sangat berlalu,makin laju aku berjalan makin laju dier kejar...bila aku dh mula berlari makin laju plk dier memecut...umur plk plk makin ari makin meningkat...agak2 la mcm ne kita nak maintainkan pretasi kita+umur yg makin2 menambah angkanya nie...Hummmm[alamak,aku dh mula mengeluh,berfikir sejenak]........

Ntah la sejak 2 menjak nie,aku asyik terfikir je..apa benda yg aku dh capai sepanjang 24thn aku hidup di dunia nie...mmg la klau nk kaji semula dari aku umur 7thn-24thn nie banyak benda gak yg aku dh lalui and aku tempuhi...

1.Masuk sekolah rendah[belajar dari darjah 1-6]semua aku dh wat,pernah naik pentas anugerah cemerlang,pernah join pertandingan2 dkt sekolah sampai wakil negeri...aku dh wat dh tu...
2.Masuk sekolah menengah[belajar dari form 1-5]aku dh lalui gak,mcm biasa pentas anugerah tu mmg mkann aku,join pertandingan2 dkt sekolah mmg aku xterlepas,pegang jawatan di sekolah pun aku dh pernah..ish2,xbersyukur ke aku nie...bila dok fikir perkara2 mcm nie...
3.Masuk universiti[belajar smpai grad]aku dh capai dh.alhamdullillah...syukur,apa yg aku hajat aku dh capai..
4.Mula nak handle bisnes sendiri...semua cabaran akan aku tempuhi...
Sekarang 2012,apakah azam anda pada tahun ini??????????soalan yg betul2 mencabar jiwa aku utk menjwabnya.....ish2,bagi aku sangat susah...

Last2,sekali aku punya azam ialah melangsaikan ap yg tertangguh pada 2011 yg lalu...Hopefully,2012 dpt membawa sinar dan cahaya yg terang wat aku sekeluarga...AMIN...

Bye...jumpa anda di puncak kejayaan!!!!

Thursday, December 22, 2011

Aku Hari Ini

Assalamualaikum w.b.t

Ello,hai ap kabar!!!!wah mmg5 dh lama benar aku x hadir menjenguk blog aku yg tersayang nie.Bukan ap,waktu skg nie aku mmg sgt sibuk... tgk la,semalam aku baru je pulang from Kuala Lumpur pasal aku punya kerja skg nie.

By d way,cite pasal keje nie mmg xkan pernah abiskan...al-maklum masing2 semua terkejar2 nak cri rezeki.so do i,still kena keje kuat utk success dlm idup nie...emm,utk adik2 yg bru mendapat result PMR,and dpt plk byk 'A' tu....congratulations sgt2 dkt dri anda semua...seronokkan jadi org pndai nie...hehehhehehe
Ok..selain pd tu aku congrate gak wat Tisam & Yusri...di atas perkahwinan mereka berdua...Aku best sgt coz dlm byk2 crew photographer yg ad kat Malaysia nie korg sudi pilih aku n my team (orange love photography)...best dpt attend majlis korg + makanan yg sedap...hehhehehehehe,mmg terbaek la.




Cincin disarung di jari manis
Kegembiraan jelas terpancar

So,Selamat Pengantin Baru wat korg berdua,semoga umah tangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.Bye

p/s: utk melihat gambar yg len blh la jenguk ke 
      http://www.orangelovepic.blogspot.com atau pages facebook: orange love photography
     


Thursday, October 13, 2011

Budi bahasa Budaya kita

Asslamualaikum w.b.t.............


Hari nie aku nak focus to d point pasal entry aku dkt atas.Last day,aku nak my family g la dkt 1 shopping mall nie....ala ingat nak shopping skit2 la....xpela,nak d jadi kan citenya,abah aku nie ad la ternampak 1 seluar and terberkenan...so lepas dh belek2 nie,my abah pun terus la nak tanya size dier dkt 1 of the promoter yg ad dkt area2 tu....lebih kurang mcm nie la:

Abah: Adik,seluar nie size 33 ad x?(sambil menunjukkan seluar)
D girl: Apa?????tak tau,tak tau.....i tak tau (dgn sombongnya)
Abah: What?
D girl: i kata tak tau....tak tau la,dier punya promoter tak datang kerja ari nie....(dgn nada yg kurang ajarnya)

So,my abah pun terus dtg dkt aku and my mom dgn rasa yg mmg bengang tersangat2..and aku pun dh mcm nak naik angin coz kebiadapannya tu...and u all know what,that girl blh selamba badak buat muka xbersalah dier...kurang ajar btul....mmg ktorg xpuas ati dgn minah tu..xde adab

After that,ktorg g la dkt area yg bersebelahan dgn tmpat rude girl tu brada,then,my abah pun tnya la dkt promoter yg len plak samada dier yg jaga area tu...so she say YES!!!!,wah tadi rude girl tu kata brand tu punya promoter x dtg keje...pastu my abah pun tanya la yg real girl tu,yg rude girl tu mmg kurang ajar mcm tu ke????and the answer is "ya,dier mmg mcm tu...dgn semua costumer",what??????mcmne tu...

last sekali,my abah pun dpt la seluar yg dier ske tu and that rude girl tu akhirnya terlepas....mcm tu je..
geram btul.So,ap yg aku nak kata,whatever it is,bila u dh keje dkt shopping mall tu dah mnjadi tanggungjawab u bila costumer tanya...so jawab la dgn bersopan santun...mne la org nak tau awak jaga bahagian mne...budi bahasa tu kan budaya kita...

okla..for hari nie,bye








Thursday, October 06, 2011

Hari malas telah pergi....

Assalamualaikum w.b.t..

Hahahahha....dh berapa bulan dh aku xjenguk2 blog nie...buka setakat berhabuk dh bersarang and hampir2 reput dh,huhuuuu..Tak de la,yg sebenar aku mmg xberkesempatan terutama lepas bulan puasa ari tu..busy je semanjang[kalah menteri pembangunan wanita kita].By d way,dh terlanjur aku meluangkan masa aku nie sekejap so aku nak ucapkan thanks to niesya yg wat contest kad raya ari tu...coz sudi pilih aku sebagai pemenangnya...[aku sgt la gumbira]1st time aku menang contest yg 1st time aku join,hehehhehe.....weeeeeeee,ahaks.

Emm,aku sebenarnya ada impian nak buka 1 restoran and coz tu la aku busy menggila nie...Al-maklum la,dh tunggu lama nk dapat modal..finally..[kegembiraan jelas terpancar,sambil tersengih2 tgk rancangan strong heart....huhu]hopefully restoran tu leh dpt sambutan nnti..bukan ap aku nak kena kerja keras la..So,setakat nie jelah utk mlm nie..Nanti klau restoran aku tu dh 'terhasil',aku akan wat pembukaan rasminye dkt blog kesayangan aku nie...hehhehehe

Okey,bye....senyum selalu:)

Sunday, August 14, 2011

Alor Setar Tower


A proud symbol of the state and a prominent landmark in the city, Alor Setar Tower soars above the city skyline at the height of 165.5m.This state-of-the-art communications tower is the 19th tallest in the world,and the second highest in Malaysia after the Kuala Lumpur Tower.From a far,its design resembles a huge bunch of paddy stalks that are tied together.

So,ap yg korang must do..bila dtg melawat ke Menara Alor Setar nie ialah: 

Visit the Observation Deck pada ketinggian 88m dari aras bawah utk mendapatkan view Bandaraya Alor Setar. 
Pastu bila rasa nak menjamu selera blh la jgk singgah ke Restoran Berputar Seri Angkasa




Friday, August 12, 2011

'Doodle's Giveaway by Cik Nuyui 'Ain'


Assalamualaikum w.b.t

Ok,utk mlm nie je aku dh join 2 contest.Waaaah,nape nye aku dh mula kemaruk nak ikut contest-mengontes  nie,alahaiiiii....xpe2,contest yg aku join kali nie...ahaks berkisarkan kan ttg doodle!!!ohhh,cutenye contest nie..:)

So aku cuba2 kan lah diri nie ye utk sambung-menyambungkan ayat yg x abis diluahkan oleh Cik Nuyun 'Ain nie.Ok2,aku try nie 'Saya suka doodle kerana........

Pertama,doodle nie tersangat lah comel sampai blh wat org berangan nak jadi cute-miut mcm tu gak.[blh kan sambung mcm nie kan2]

Seterusnya,bila kita tgk doodle kita leh dpt sawan senyum coz bangga kpe ad org yg pandai sgt create doodle yg cute2 nie...waaaah [pujian nie mendatangkan cemburu pd kucing2 aku dkt umah]hahaha

Walaupun kita dh besar2 tp kita still blh gak wat keje yg comel2 nie [teringat zaman kanak2,semua benda nk yg cute mcm kartun]

Tula,serba sikit ayat yg leh aku sambungkan wat contest kali nie.Harap2 xde la kesalahan tatabahasa kan2..hehehe.Sesapa yg berminat nak join contest nie,hah cepat...cepat!!!Wat adikku AmiraSakuya,nah aku tag engkau utk contest kali nie.....

bye.








Aku Join Contest Nie



Assalamualaikum s.w.t

Contest kad raya daripada niesyabella. Nie first time aku dok melibatkan diri dlm contest mengontest nie..hahahha,so entry nye mcm sengel2 sikit la..maklum la xde pengalaman..hehhe

Ok,klau tanya aku pasal ap yg aku nie teringin sgt nak ikut serta.Nie la antara alasan2 yg paling munasah yg aku leh kasi,jom kita terjah...........
Sebabnye dh xde sesapa yg sudi nak antar kad raya dkt aku nie.Member2 pun dh xsempat nk bahagi kan masa dorg utk wat keje antar-mengantar kad nie [al-maklum la semua sibuk dgn urusan nak beli baju raya dkt mak mertua]aku jgk yg bujang.

Sebab ke-2,bagi yg sama status mcm aku nie,apa lg soalan bajet la jdi isunye.Nak beli kad raya nak pos dkt kengkawan pun kdg2 dh xbpe nk mampu...nak wat cmne,dlu time skolah mak ayah kasi duit poket sambil2 tu leh la kumpul2 and dpt la guna waktu nk raya..beli kad2 raya,skg dh tua kena cari duit sndiri...dh xsempat dh nk fikir2 pasal kad2 raya nie.huhuhu [coz that la,aku teringin sgt nk kad raya nie]:)

Syok sgt bila posman dtg umah kita bawa kad raya atas nama kita sendiri.Xde la kempunan asyik tgk kad raya org len je.

Sebab yg terakhir....pasal aku suka tgk design2 yg ad pada kad raya nie.Mood beraya tiba2 je dtg bila tgk kad2 raya tu.hohoho
    Ahaks,tula serba sikit coz nape aku nk join contest kad raya nie.Tapi sebenarnye aku xkisah sgt la,asalkan ad jgk insan yg ingatkan kita setiap kali menyambut Syawal nie dah la.Yang penting kita ikhlas.

    So,pada kengkawan yg nak join contest nie meh la sama2 kita memeriahkannye....cepat,cepat!!!

    Tag contest nie pada:
    Kei's Adventure
    AmiraSakuya
    haQu Zira










    Sunday, August 07, 2011

    Ramadhan Itu Indah



    "Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna Agar dapat ku lalui dengan sempurna"
    Assalamualaikum w.b.t
     
    Alhamdulillah,ari nie genap seminggu sudah kita berpuasa.Bila time bulan2 puasa nie teringat pula waktu zaman kanak2 dulu.Pada masa tu,semua saya rasa macam best sangat nak sangat cepat2 habis bulan puasa coz dah x sabar nak raya.Tapi bila dah besar2 nie dh boleh fikir betapa cepat masa berlalu and usia pun dah makin tua..Dan Ramadhan pasti akan muncul.

    Argh...tiba2 je teringat 1 lagu [ yg lirik kat atas tu ] rasa mcm syadu sangat.Bagi saya bulan puasa kali nie byk memberi saya 1 rahmat utk berfikir disamping menghayati erti sebenar Ramadhan. Bila pergi dkt bazar Ramadhan,selalu perhatikan org ramai [ xde maksud yg serong ]hehhe,yg sibuk membeli juadah utk berbuka.Ad yg sampai x cukup tangan,ad juga yg sekadar bersederhana je....yelah bersederhana tu patut di amalkan utk elakkan pembaziran.

    Tapi ad 1 masalah,mata dan hati selalu berpakat....bila smpai je dkt bazar tu...WAAAHHHHHHH!!!!mcm org puasa 10 tahun,punya la nafsu tu...semua nampak sedap je.Last2 beli,pastu bila berbuka sampai x larat nak telan semua benda yg dibeli...ish2,tarik nafas panjang2...lain kali jangan wat lg...FAHAM!!

    Okla....cukup dlu entry wat pagi nie...jap lg dah nak bangun utk sahur pula...so,byeeeee:)

    Friday, July 01, 2011

    Hands Up-2PM

    [Changsung]

    Ullyeo peojineun eumage matchwo

    Everyone put your hands up and get your drinks up

    [Junho]

    Oh~ sesangi hamkke michyeo

    Everyone put your hands up and get your drinks up

    [All]

    Now

    Put your hands up, put your hands up

    Put your hands up, put your hands up

    Put your hands up, put your hands up

    Put your hands up, put your hands up

    [Junsu]

    Bollyumeul nopyeo seupikeo teojidorok

    Geurigon modu hamkke michyeo jeongshin ppajidorok

    Jeongshin ppajidorok jeongshin ppajidorok

    On momeul heundeuro bwabwa

    Amu saenggak an nadorok

    [Taecyeon]

    Oneul modu hamkke bam sae

    Nae mare dongyehaneun saram manse

    Oneul kkeutkkaji gyesok dallyeo gase

    Iriya iriya You know I’m saying

    Igeon gwiro deutneun pirohoebokje yeongyangje

    Hwak gwireul teoteurineun gipokje

    Bamsae heundeullineun bulbiche

    Nan eoulliji nae mal matje

    [Changsung]

    Ullyeo peojineun eumage matchwo

    Everyone put your hands up and get your drinks up

    [Junho]

    Oh~ sesangi hamkke michyeo

    Everyone put your hands up and get your drinks up

    [All]

    Now

    Put your hands up, put your hands up

    Put your hands up, put your hands up

    Put your hands up, put your hands up

    Put your hands up, put your hands up

    [Nichkhun]

    Here we go here we go gyesok dallijago

    Ije gyeou yeol du shi ajik hae tteuryeomyeon meoreotdago

    Hae tteuryeomyeon meoreotdago hae tteuryeomyeon meoreotdago

    Geureoni han jan deo mashigo

    Dashi shikhajago

    [Taecyeon]

    Haega tteugi jeone jeoldae

    Eumagi kkeunkineun iri eopge

    DJ oneulbameul butakhae

    “Oppa mideodo doeji? OK?”

    Yes, sir! Naneun meonjeo deureogalge

    Ireon mari naoneun iri eopge

    Sul han janeul da gachi deurikilge

    One shot da gachi ja galge

    [Changsung]

    Ullyeo peojineun eumage matchwo Everyone put your hands up and get your drinks up [Junho] Oh~ sesangi hamkke michyeo Everyone put your hands up and get your drinks up

    [All]

    Now

    Put your hands up, put your hands up

    Put your hands up, put your hands up

    Put your hands up, put your hands up

    [Wooyoung]

    Don’t stop oneul bameun

    Tteooreuneun modeun saenggageul oh~

    Biwo beorigoneun

    Da gachi jeulgyeobwa woo~

    [All]

    Now

    Put your hands up, put your hands up

    Put your hands up, put your hands up

    Put your hands up, put your hands up

    Put your hands up, put your hands up

    Put your hands up!

    p/s: mmg minat sgt dgn 2pm:)