Friday, May 17, 2013

Jumaat: Begitu Mendamaikan

Assalamualaikum w.b.t

Entah mengapa Jumaat pada hari ini terasa begitu menenangkan serta mendamaikan jiwa Cik Fifa.Cik Fifa begitu tenang.Bangun awal untuk menunaikan solat Subuh pada yang sebelum ini Cik Fifa kadang2 terskip dengan sengaja dek kemalasan yang terlampau disebabkan kepenatan bekerja disiang hari.
Entah mengapa malam sebelumnya Cik Fifa terdetik hati mengapa aku jadi begini sedangkan dahulu aku mampu melawan apa sahaja kejahatan yang melintas dihati.Cik Fifa termenung memikirkan adakah Cik Fifa semakin leka dan lalai mengejar segala keindahan didunia ini yang hakikatnya Cik Fifa sendiri tahu ianya hanyalah pinjaman. Sibuk apakah Cik Fifa sehingga terlupa untuk menunaikan janji sebagai seorang hamba kepada Maha Pencipta.Cik Fifa mulai sedar,ya Cik Fifa memang makin terlupa,makin jauh berada disisi Sang Pencipta Yang Agung.Ya.Allah,adakah aku makin jauh daripada menerima hidayah daripada-Mu.
Ketika memikirkan itu Cik Fifa menjadi semakin takut.Takut dengan perubahan yang terjadi kepada diri Cik Fifa.Mungkin Allah s.w.t itu masih sayang kepada Cik Fifa.Terpanggil untuk mendengar usrah bersama-sama kedua-dua ibubapa Cik Fifa.Sedikit sebanyak membuat Cik Fifa terfikir betapa ceteknya iman yang ada dalam diri Cik Fifa sehingga begitu mudah menyerah kalah pada nafsu keduniaan.
Benar,mulai semalam Cik Fifa bertekad ingin menjadi diri seperti sebelum ini,sentiasa menadah tangan mensyukuri nikmatnya dan sentiasa berdoa memohon petunjuknya.Apalah sangat kesibukkan kerja yang dikejarkan sehingga hilang tanggungjawab menjadi hamba yang benar2 bersyukur.
Ya,Jumaat ini adalah Jumaat yang begitu mendamaikan kerana Cik Fifa masih lagi diberi peluang untuk menyedari akan kesilapan yang tak pernah terlintas dalam fikiran untuk Cik Fifa lakukan.Subhanaallah,ternyata Allah s.w.t itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyanyang.
Terima kasih kepada insan-insan yang memberi inspirasi untuk Cik Fifa berhenti berfikir sejenak untuk memuhasabahkan diri ini.Terima kasih buat kedua ibu bapa Cik Fifa yang sentiasa pada malamnya membuka  rancangan2 ilmiah buat tatapan anak-anaknya agar tidak leka mengejar dunia semata2.Terima kasih kepada blog KakikuSukaBerjalan banyak ilmu yang Cik Fifa dapat melalui perjalanan setiap insan melalui blog ini.Terima kasih buat Kak Amnah yang sentiasa meminjamkan buku2 ilmiah buat tatapan rohani Cik Fifa.Oh,Cik Fifa sangat bersyukur dengan kurniaan ini.


Pagi yang begitu sempurna ini Cik Fifa teruskan dengan mendengar zikir terapi diri daripada Hafiz Hamidun.Ya,ia benar-benar menjadi terapi minda dan jiwa Cik Fifa.Alhamdullillah






Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru: Jasamu Tetap Ku Kenang

Assalamualaikum w.b.t

Bila tiba sahaja tanggal 16 Mei mesti teringat semula zaman sekolah dulu.Pada ketika itu keadaan amat meriah sekali.Semua rakan-rakan berkumpul.Masing-masing dah buat preparation untuk majlis jamuan makan and meraikan guru-guru.Semuanya kenangan terindah,andai dapat diputarkan waktu.Zaman persekolahan yang pasti dipilih.
GURU TERBAIK-IBUKU
"SELAMAT HARI GURU"kepada semua para pendidik terutamanya guru-guruku dari mulanya Cik Fifa melangkah mengenal ABC sehingga Cik Fifa berada dikedudukkan hari ini.Segala jasa dan tunjuk ajar serta dorongan daripada kalian semua tak mampu Cik Fifa balas.Hanya seikhlas hati sentiasa mengenang jasa yang diberi. 
"TERIMA KASIH,CIKGU".

Monday, May 06, 2013

Benar..Saya Okey!!!

Assalamualaikum w.b.t
Entry hari ini penuh dengan kelembapan+kegelapan+kemalasan (wah,semuanya negative kan!!)hehehe,yela sepanjang hari bumi Kedah nie disirami oleh air hujan..and mood pun jadi semacam dua macam la..huhuhu
06.05.2013 sehari selepas pilihan raya.Cik Fifa still kena keje,still kena cari duit,still kena makan..hahaha,lawak ke apa nie kan????mestilah semua tu kena buat.Cik Fifa bersyukur kerana telah menjalankan kewajipan sebagai warganegara Malaysia.i LOVE MY MALAYSIA so much!!!!
Bab parti mana yang menang mahupun kalah..Cik Fifa dengan hati terbuka menerima sebab Cik Fifa yakin semuanya inginkan yang terbaik untuk MALAYSIA..Yang penting kita dapat hidup dalam suasana yang aman damai.Cik Fifa amat kagum sebenarnya...suasana election di Malaysia sangat meriah...and masing-masing bertungkus-lumus..mean,kita semua memang boleh bersatu...jiwa tiba2 rasa excited semacam+wah,bagaikan malam HARI RAYA..hehehhe,yela bagi pengundi yang pertama kali baru melayakkan diri nie ia adalah satu perkara yang amat menerujakan.... diberi hak untuk bersuara walaupun menang mahupun tak menang..ahahha tapi at least kita ada pendirian kan???kita memilih pada orang yang kita rasa patut dipilih..hahha (sebelum nie mengundi untuk campus election je!!)okey,finish bab election..
Malaysia Tanahair Tercinta
Cik Fifa ada 1 kes disini...Kalau ada orang yang bertanya Cik Fifa dengan senang hatinya menjawab..Yes,Saya memang Okey!!!jadi anda tidak perlulah untuk memberikan nasihat kepada Cik Fifa tentang apa yang Cik Fifa dah tahu...Cik Fifa  mesti pemarah orangnya kan????sebab tak boleh menerima nasihatkan,kan,kan???(ada ke itu yang si polan tu kata) 
Meh,Cik Fifa jawab soalan kamu tu dengan hati yang terbuka..Cik Fifa seorang pemarah???Mesti kamu tak betul2 mengenali siapa Cik Fifa sebenarnya...Cik Fifa nie lah manusia yang paling tak kisah didunia tapi kalau benda yang kamu berikan(yang kamu kata nasihat tu)langsung tak relevan+bodoh+memang orang dah tahu...siapa yang tak marah...kamu fikir la sendiri...UBAH LA,cara kamu berfikir tu kalau tak kamu tak kan sampai kemana...sendiri pun masih banyak yang kena belajar...renungkan...
So cukuplah entry untuk hari hujan...Cik Fifa bangga menjadi RAKYAT MALAYSIA!!!

Cik Fifa sentiasa berfikir positif