Thursday, July 11, 2013

Ramadan= Niat+Puasa+Terawih+Buka+Sahur

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah,hari ini masih mampu untuk menunaikan kewajipan berpuasa.Ramadan yang dinanti semakin mengorak laju ke hadapan.Ya Allah,terasa begitu pantas masa yang Engkau berikan kepada kami menikmati bulan yang penuh berkat nie.


Ye,bermula dengan berniat kita haruslah sentiasa berpegang teguh semuanya kerana Allah s.w.t agar puasa yang kita jalani tidaklah sia-sia maka harungilah kita puasa yang kadang2 penuh dengan cabaran dan halangan dek sogokkan nafsu.Teguh iman kuatkan jiwa dengan pengisian rohani dengan ilmu2 yang berguna..berzikir,membaca al-Quran..insyaallah,Ramadhan kali ini penuh bermakna..


Berbuka,biar sederhana namun berkat itu lebih penting drpd segalanya.Perjuangan akhirnya dpt diharungi dengan penuh kesabaran.Ganjarannya,menikmati hidangan berbuka dlm keadaan yang selesa dan kelazatan makanan dan minuman.Sungguh bertuah kita di bumi Malaysia ini.



Bersyukur diberikan kudrat dan kecergasan menjalani ibadah puasa disiang harinya dan mengerjakan solat terawih di malamnya...Amin,syukur...Terasa jiwa begitu tenang dan aman,hilang segala resah,letih dan kekusutan di jiwa.Ya.menghadap Allah Yang Satu,memohon,bersujud agar diterima segala ibadah dan diampunkan segala dosa.


Mata kadang2 terpejam kadang2 segar bugar disapa dingin pagi hari.Bangun utk bersahur agar dapat dijadikan pelapik perut dikala puasa disiang hari.Oh,begitu indah rutin di bulan Ramadan ini.Rugilah sesiapa yang mensia2 kan kelebihan bulan yng penuh barakah ini.


Marhaban ya Ramadan,Kehadiranmu amatku nanti.....

Friday, May 17, 2013

Jumaat: Begitu Mendamaikan

Assalamualaikum w.b.t

Entah mengapa Jumaat pada hari ini terasa begitu menenangkan serta mendamaikan jiwa Cik Fifa.Cik Fifa begitu tenang.Bangun awal untuk menunaikan solat Subuh pada yang sebelum ini Cik Fifa kadang2 terskip dengan sengaja dek kemalasan yang terlampau disebabkan kepenatan bekerja disiang hari.
Entah mengapa malam sebelumnya Cik Fifa terdetik hati mengapa aku jadi begini sedangkan dahulu aku mampu melawan apa sahaja kejahatan yang melintas dihati.Cik Fifa termenung memikirkan adakah Cik Fifa semakin leka dan lalai mengejar segala keindahan didunia ini yang hakikatnya Cik Fifa sendiri tahu ianya hanyalah pinjaman. Sibuk apakah Cik Fifa sehingga terlupa untuk menunaikan janji sebagai seorang hamba kepada Maha Pencipta.Cik Fifa mulai sedar,ya Cik Fifa memang makin terlupa,makin jauh berada disisi Sang Pencipta Yang Agung.Ya.Allah,adakah aku makin jauh daripada menerima hidayah daripada-Mu.
Ketika memikirkan itu Cik Fifa menjadi semakin takut.Takut dengan perubahan yang terjadi kepada diri Cik Fifa.Mungkin Allah s.w.t itu masih sayang kepada Cik Fifa.Terpanggil untuk mendengar usrah bersama-sama kedua-dua ibubapa Cik Fifa.Sedikit sebanyak membuat Cik Fifa terfikir betapa ceteknya iman yang ada dalam diri Cik Fifa sehingga begitu mudah menyerah kalah pada nafsu keduniaan.
Benar,mulai semalam Cik Fifa bertekad ingin menjadi diri seperti sebelum ini,sentiasa menadah tangan mensyukuri nikmatnya dan sentiasa berdoa memohon petunjuknya.Apalah sangat kesibukkan kerja yang dikejarkan sehingga hilang tanggungjawab menjadi hamba yang benar2 bersyukur.
Ya,Jumaat ini adalah Jumaat yang begitu mendamaikan kerana Cik Fifa masih lagi diberi peluang untuk menyedari akan kesilapan yang tak pernah terlintas dalam fikiran untuk Cik Fifa lakukan.Subhanaallah,ternyata Allah s.w.t itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyanyang.
Terima kasih kepada insan-insan yang memberi inspirasi untuk Cik Fifa berhenti berfikir sejenak untuk memuhasabahkan diri ini.Terima kasih buat kedua ibu bapa Cik Fifa yang sentiasa pada malamnya membuka  rancangan2 ilmiah buat tatapan anak-anaknya agar tidak leka mengejar dunia semata2.Terima kasih kepada blog KakikuSukaBerjalan banyak ilmu yang Cik Fifa dapat melalui perjalanan setiap insan melalui blog ini.Terima kasih buat Kak Amnah yang sentiasa meminjamkan buku2 ilmiah buat tatapan rohani Cik Fifa.Oh,Cik Fifa sangat bersyukur dengan kurniaan ini.


Pagi yang begitu sempurna ini Cik Fifa teruskan dengan mendengar zikir terapi diri daripada Hafiz Hamidun.Ya,ia benar-benar menjadi terapi minda dan jiwa Cik Fifa.Alhamdullillah






Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru: Jasamu Tetap Ku Kenang

Assalamualaikum w.b.t

Bila tiba sahaja tanggal 16 Mei mesti teringat semula zaman sekolah dulu.Pada ketika itu keadaan amat meriah sekali.Semua rakan-rakan berkumpul.Masing-masing dah buat preparation untuk majlis jamuan makan and meraikan guru-guru.Semuanya kenangan terindah,andai dapat diputarkan waktu.Zaman persekolahan yang pasti dipilih.
GURU TERBAIK-IBUKU
"SELAMAT HARI GURU"kepada semua para pendidik terutamanya guru-guruku dari mulanya Cik Fifa melangkah mengenal ABC sehingga Cik Fifa berada dikedudukkan hari ini.Segala jasa dan tunjuk ajar serta dorongan daripada kalian semua tak mampu Cik Fifa balas.Hanya seikhlas hati sentiasa mengenang jasa yang diberi. 
"TERIMA KASIH,CIKGU".