Monday, April 22, 2013

Mimpi Ngeri Bukan Mimpi

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama rasa macam nak post entry baru dekat blog nie tapi bila Cik Fifa start nak menaip mood tu tiba-tiba hilang.Habis lenyap semua apa nak cerita so tak tertunai la nak post entry.huhu (hati sayu)
Sumpah,sebenarnya hari nie pun mood xde la okey sangat tapi masih boleh menekan keyboard laptop kira okey la kan..huhuhu.Cik Fifa nie sedih sebenarnya dengan environment sekeliling Cik Fifa bernafas.Ingatkan semua tu Cik Fifa hadapi dalam mimpi waktu tidur.Namun bila Cik Fifa bangun pagi rupa-rupanya itu semua realiti.Hati nie macam dah xde mood nak senyum pun dok gagah je.Yelah,nak juga tambah pahalakan.hahahuhu

Uolls.Cik Fifa nie dari dulu since zaman universiti lagi asyik dok terserempak dengan mereka-mereka yang palsu je.Bila berhadapan dengan kita lembut kuku dari lidah tapi rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia (hah,ambik ko syaitan Cik Fifa sebut).
Yela,uolls..tak boleh ke kita duduk diam-diam tumpang seronok dengan kejayaan+rezeki+anugerah yang Allah s.w.t berikan kepada orang lain...tak terluak pun yang kita punya...tak boleh ke????nie tak,lagi tak gosip and tabur fitnah sampai bersepah-sepah hati mesti tak senang,kenapa????Entah la,Cik Fifa pun dah menyampah dengan makhluk-makhluk yang macam nie.Luaran tak kan ada orang yang percaya mereka-mereka nie ada hati yang macam tu...so sad


Cik Fifa sedih bila fikir mereka semuanya orang Islam..Sedangkan Islam tak pernah mengajar penganutnya menjadi begitu.Sedih memikirkan mimpi ngeri itu adalah realiti.Cik Fifa menaip berdasarkan pengalaman,kesian member Cik Fifa sorang nie dek gara-gara mereka yang begitu dia hilang punca pendapatan.Sekarang Cik Fifa nampak,Cik Fifa sedar,Cik Fifa percaya bagaimana fitnah itu mampu memusnahkan sesuatu agama,bangsa dan negara.Kata-katanya kecil namun ia mampu memusnahkan seluruh dunia.
Sebenarnya Cik Fifa takut sangat dengan mereka yang berhasad begini..Cik Fifa mohon sangat kalau ada kesempatan berubah la..selagi kita bernyawa pintu kemaafan dan taubat sentiasa terbuka..renungkanlah.

p/s: cik fifa kalau blh nak larikan diri dari dunia yang penuh dugaan nie tapi cik fifa sedar itu xmungkin terjadi selagi kita masih bernafas di bumi Allah s.w.t ini.:)



No comments: