Monday, February 25, 2013

Kita Juga Hebat

Assalamualaikum w.b.t


Semalam selepas pulang dari kerja tiba tiba adik aku sebut pasal pizza.Emm,memang dah lama rasa nak makan tapi tak pernah kesampaian.



So,semalam walaupun penat still bertekad nak juga pergi beli pizza apatah lagi tetiba je nampak flyers pizza hut(saja la tu nak suruh aku pergi beli juga tu)hehehe.



Bila dah naik kereta nak menuju ke destinasi melapangkan perut aku tu,my sister kata..."why not kita try pizza Malaysia",emmmmm....so,kita orang pun abaikanlah pizza daripada hut tu untuk menuju ke Pizza Malaysia..



"Kak pizza hawaiian 1,family set punya",sambil dok tengok abang tu membuat pizza yang aku order..sempat gak la belek belek apa jenis pizza yang ada dekat kedai dia tu...emm,boleh tahan juga bisnes kakak and abang tu...masa aku tengah menunggu pesanan aku siap ada customer lain yang datang nak order pizza kat situ juga...huhuhu,nampaknya pizza Malaysia pun mendapat sambutan yang amat mengalakkan.



Balik umah aku pun apa lagi buka kotak,jenguk muka aku..perghhh,baunya syok sekali.aroma mengancam.Pastu bismillah la.



End conclusion nya,pizza yang aku makan tu pun memang mengenyangkan seperti mana jenama terkenal yang lain tu juga.Pastu taste dia pun lebih kurang sama gak.Pasti aku akan makan pizza abang n kakak tu tanpa prejudis kerana product kita pun hebat APA!!!hehehe



So,aku snap sikit pic Pizza Malaysia yang aku try tu..arghh,tengok:


buatan tempatan

terbaik-Pizza Hawaiian with chicken

hebat auranya







Friday, February 22, 2013

Kakiku Melangkah Mata Berwindow Shopping

Assalamualaikum w.b.t

Semalam adalah kali pertama didalam hidup aku apabila mula belajar untuk ber-window shopping seorang diri.Ialah selalu ada juga teman tapi kali aku terpaksa berjalan,bergerak dan melihat seorang diri..(macam poyo je kan,huuuuhu)

Dan aku rasa aku berjaya menepis dan menghapuskan semua elemen elemen yang negatif dalam diri aku nie...contoh seperti :

Pertama: "apa hal semua orang nie,asyik dok tengok tengok aku,susah la nak jalan macam nie"(padahal orang langsung pun tak tengok kau,cik fifa oiii)

Kedua: "nak masuk kedai tu tapi macam tak de orang pun..ish,segan la"(sebenarnya kedai tu memang open dan nak suruh orang masuk)

Bila dah gerak sorang sorang nie nak tak nak kena la juga berdikari.And sempat juga la aku snap 1,2 gambar tempat aku pergi...hehehhe

cantik cantik juga harga pun not bad la

penat berjalan singgah sebenar fresh kan diri
 So,1 hari tu aku dah habiskan masa dengan berjalan seorang diri...woww!!!


Thursday, February 21, 2013

Bila Si Kecil Irdina Mula Berkata-kata..


Assalamualaikum...w.b.t

Hari ini nak cerita tentang si kecil Irdina.Sekejap je masa berlalu,sekarang dah pun 1 tahun 2 bulan si kecil tu.Apa yang best dia dah pandai jalan.
Habis satu rumah dia keliling (dah macam ketua kampung pergi melawat kawasan pula aku tengok,hehehe)
Arghh..selain daripada pandai berjalan dia dah mula pandai menyebut pula..Setiap hari ada je ayat baru yang aku dengar.Bila dah pandai cakap sikit-sikit nie,abis semua benda dia pantang tengok especially makanan.
Nak jadi cerita my sister tengah makan muruku pastu nampak la dekat si kecil nie.Apa lagi daripada dok syok berjalan tu dia terus datang buat muka simpati nak muruku tu.Tiba-tiba "nyaaak,nyaak.."keluar dari mulut kecil comel dia tu...sambil mata dok renung renung muruku dekat tangan my sister..
Argh,bila dah dapat terus tak kata apa apa lagi..hehehe(moral of the first story,bila Irdina dh pandai sebut ayat "nak"walaupun dengan cara dia,korang (kaum kerabat aku) jaga jaga la coz semua korang makan dia pasti nak juga,huhu)


My youngest cousin-anak paksu-Cik Irdina Sofiya 


Si kecil nie pun dah pandai cakap words "buat apa",habis semua orang dia tanya buat apa..jenuh nak jawab sebab kita tak buat apa pun dia still tanya buat apa,koin,koin,koin...Satu hari tu,bila abang dia kena tegur dengan abah dia akibat terlampau nakal si kecil nie pun dok sibuk marah dekat abah dia,agaknya sebab sayang dekat abang dia and tak sanggup tengok abang menangis...
mula la sebut "mama,wuat pa"sambil tangan dok tunjuk tunjuk dekat Paksu aku tu...agaknya nak tanya mama dia kot kenapa abah dia marah(conclusion for 2nd story ialah bila si kecil dah pandai cakap dia mesti dah pandai nak tanya+guna intonasi suara bila dia tak puas hati,so jaga jaga pandai pandai la berlapik bila bersuara,huhuhu)
Last story pasal si kecil Irdina nie ialah dia pandai menganjuk apa saja yang abang dia buat and her favorite kartun Dora Explore.Bila si Dora tu nyanyi dia pun mula keluarkan suara comel serak serak basah dia tu..."beak..baek..baek.."ikut serta menyanyi tapi tu la ayat tu hanya dia sorang je yang faham.
Aku pun confuse,huhuhu ( apa yang aku tahu kanak kanak nie memang cepat belajar dengan cara melihat dan mendengar,oleh itu siapa siapa yang dah pun mempunyai anak + bakal menimbang cahaya mata tu segera kan lah ubah perangai kita yang tak berapa elok tu supaya si kecil kita semua tak terikut perkara perkara yang tak baik,insyaallah) 
So,sampai sini dulu entry kali nie..Insyaallah ada kesempatan aku story story lagi,bye..:)

Tuesday, February 12, 2013

MY BFF WEDDING



Assalamualaikum w.b.t

Entry kali nie after dah lama tak buka blog...hehehe

FEEL......very,

Excited sangat nak attend to my BFF wedding + my ex-roommate waktu di Uitm dulu…They getting to get married. Congratulations both of you and I wish a lot of happiness for your all berdua.

For Ana,I ingat lagi waktu kita zaman sekolah dulu..makan sama,minum sama even nak pergi toilet pun still nak sama-sama juga..hehehe.Pastu,bila dh abis SPM pun still nak together2 sampai la dh masuk U,masing-masing sibuk but one thing yang I tak boleh lupa u still be my bff and sampai sekarang I sangat appreciate our persahabatan and semoga  kekal till the ends of our life.I love u,girl…
                                                   congratulations my dear Ana...